Aktiviti Sepanjang Tahun

1. Mesyuarat Agung Kelab Alam Sekitar 2013
    Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan untuk melantik Ahli Jawatankuasa Tertinggi bagi Kelab Alam Sekitar bagi sesi 2013 yang bertempat pada Pusat Sumber SAMTTAJ pada bulan Januari 2013 pada pukul 3.30 petang. Sehubungan dengan itu, beberapa pelajar telah dipilih untuk memikul amanah dalam memimpin kelab tersebut. Berikut adalah senarai AJK Tertinggi Kelab Alam Sekitar bagi tahun 2013 :
    
    Pengerusi : Muhammad Faiz Bin Umar
    Naib Pengerusi : Fatin Hanizah Binti Fauzi
    Setiausaha : Sajidah Binti Tajuddin
    Naib Setiausaha :Muhammad Farabie Bin Mohd Tarmizi
    Bendahari : Mohamed Imanul Khair Bin Hashim
    Naib Bendahari : Nur Ainil Fatihah Binti Zulkifli

    AJK Tingkatan

   Ting. 1 : Muhammad Hasanuddin Bin Zainal Abidin
                Nurul Natasya binti Mohd Supi

   Ting. 2 : Amiruddin Bin Mohd Saiful Azlan
                Aufa Binti Othman

   Ting. 3 : Luqmanul Hakim Azlan bin Shamsul Azlan
                Nur Zulaikha Binti Zulkeflee

   Ting. 4 : Muizzudin Bin Mohd Rozli
                Nur Aliah Binti Mohd Esa
     
    Selepas itu, Kelab Alam Sekitar telah bersetuju sebulat suara untuk membayar yuran tahunan sebanyak RM 5.00.

    Tidak dilupakan juga, perancangan aktiviti tahunan bagi Kelab Alam Sekitar tahun 2013. Antara aktiviti yang dirancang adalah :

    1) Membuat Bio-Enzyme.
    2) Pembinaan dan pembersihan landskap.
    3) Aktiviti perkhemahan.

     Mesyuarat Agung Kelab Alam Sekitar 2013 tamat pada jam 4.30 petang dan ditutup dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al - Asr.

2. Siraman pokok limau kasturi
    Beberapa pelajar telah ditugaskan untuk menyiram pokok limau kasturi yang ditanam berhadapan bilik ICT pada setiap hari persekolahan. Pokok limau kasturi tersebut telah ditanam oleh En. Yahya Bin Abdul Rashid bersama beberapa ahli Kelab Alam Sekitar. Hasilnya, pokok limau kasturi tersebut telah berbuah dengan lebat.

3. Eco School EE Musical Camp 2013 
    Pihak Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) telah menganjurkan program Eco School EE Musical Camp 2013 pada tarikh 28 Mei - 30 Mei 2013 yang bertempat di SMK Simpang Lima, Sungai Besar. Oleh itu, beberapa ahli Kelab Alam Sekitar 2013 telah menghadiri program itu bagi mewakilkan pihak sekolah. Objektif program tersebut bukan sahaja mewujudkan kesedaran & mendidik belia terhadap alam sekitar tetapi juga memberi tumpuan kepada membina pasukan, kepimpinan, sahsiah diri, hidup sihat dan bermain muzik menggunakan bahan kitar semula dan instrumen tradisional seperti gamelan, angklung dan kompang. Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang program ialah melihat kelip-kelip pada waktu malam, bermain gamelan, angklung, dan sebagainya.
                                                                      
Pamplet Eco School EE Musical Camp 2013

Antara ahli Kelab Alam Sekitar 2013 yang terlibat dalam program tersebut



             Kelihatan Pn. Nor Azizi Binti Abdullah, guru penasihat Kelab Alam Sekitar sedang bermain angklung

4. Eco School Ramadan Camp 2013
    Pihak Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) sekali lagi telah menganjurkan program yang sangat bermakna yaitu program Eco School Ramadan Camp 2013 pada tarikh 26 Julai - 28 Julai 2013 yang menempatkan Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah sebagai tuan rumah. Program ini turut dihadiri oleh peserta daripada pelbagai sekolah antaranya, SMKA Simpang Lima,SMK Damansara Damai I dan SAMT Tengku Ampuan Jemaah.

    Objektif program tersebut ialah untuk menambah ilmu pengetahuan tentang Islam dan alam sekitar dalam diri setiap peserta. Kem tersebut telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan berpendidikan seperti Environmental Education Race, Orienteering, aktiviti Survival  dan banyak lagi aktiviti yang menarik. Pelajar juga belajar bagaimana untuk memasak hidangan lazat Hari Raya yaitu makanan tradisional Orang Melayu seperti ketupat, kuah kacang dan kuih lopez serta dapat merasainya semasa berbuka puasa. Kemudian pada awal pagi, pelajar dapat melaksanakan Qiamullail serta menunaikan solat secara berjemaah.
                                                                                









1 comment: